Meowww
Oct 20, 2014, ϟ 0 shout(s)
Assalamualaikum, hye meet my cats. Tuah and Kasturi.
^ this is Kasturi
^ and this is Tuah.
Bred : Kucing Kampung.
Sepatutnya ada 3 ekor, which is Kasturi, Tuah and Jebat. But Jebat is missing. :( Color Jebat sama dengan Tuah. So takpe lah Jebat, awak yang larikan diri. Kaklong tak halau pun. Kaklong doakan agar awak dipelihara atau, emm awak boleh jaga diri dengan baik. yer? tsk TT
So, kucing-kucing bukanlah dibeli atau diberi oleh sesiapa, cuma saya dan mama sendiri yang nak bertanggungjawab jaga kucing-kucing. First of all, adalah mak kucing kat office mama ni bunting. So apabila anak-anak kucing ni dilahirkan mereka tersangat lah somel emm dan bising. Ramai adik beradik depa ni, tapi saya dan mama cuma ambil 3 ekor. Proper ke camtu? Tak mintak izin kat maknyer, kucing kucing ni masa tu masih menyusu. Macam sedih laa sikitkan. Gayanye ala-ala macam nak ambik anak angkat haa camtu.
"Kenapa bagi nama klasik macam tu? Hilang comel diorang"
Eh eh, awak tu mak kucing ker? Haha sukati aa kan. Lagipun saya memang suka nama-nama klasik camtu, takkan melayu hilang dibumi haaa cenggitu. Mujurlah kucing kucing ni bukan lima ekor, kalau tak bersusun lekir lekiu sekali baru lah Hang Lima bersaudara! Besides, saya rasa nama tu sesuai dengan dua ekor yang suka bercakar each other. Bergurau katanyaaa, hek eleh kau. Dah laa si Kasturi ni betina dan si Tuah ni jantan. Haaaaaa, jangan kau bunting pulak lepas ni, jenuh!
On the other hand, Rasulullah s.a.w pun memelihara kucing, Muizza (kucing kesayangan).
"pernah suatu ketika Baginda Rasulullah SAW ingin mengambil jubah,tetapi berkebetulan pada waktu Muizza sedang tidur nyenyak di atas lengan jubah Baginda. Maka,dengan senang hati Baginda memotong lengan jubah baginda untuk tidak menganggu Muizza yang sedang tidur. Betapa hebatnya pekerti kekasih Allah swt ini,dengan haiwan disantuni,dengan sahabat taulan disayangi malah musuh juga dikasihi.
Sebagai makhluk ciptaan Allah swt juga,Muizza iaitu kucing baginda itu memiliki hak untuk berterima kasih kepada tuannya ketika mana Baginda Rasulullah SAW kembali ke rumah, Muizza terbangun dan seolah-olah seperti menunduk hormat kepada tuannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali."
Sebagai makhluk ciptaan Allah swt juga,Muizza iaitu kucing baginda itu memiliki hak untuk berterima kasih kepada tuannya ketika mana Baginda Rasulullah SAW kembali ke rumah, Muizza terbangun dan seolah-olah seperti menunduk hormat kepada tuannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali."
:) Love the animals, mereka juga makhluk Allah. Malah mereka berzikir dan mendoakan kita setiap masa selagi hayat mereka ada. How special :')
Salam,
imnsykrh.
new past