The City that Never Sleep (Part I)
Mar 31, 2014, ϟ 2 shout(s)

Assalamualaikum w.b.t hai readers, semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera amiin.
Sepatutnya, iman karang benda alah ni dua bulan lepas, tp sibuk sikit. Travel Penang-Perlis every week dgn mama. Tapi hari ni iman nak share jugak. Sebab iman rasa tak adil untuk simpan rasa rindu ni sorang2. (cewah giteww katanyaaaaa) Wallahu tak tipu, memang rindu sgt Tanah Haram.................



Day 1 (260214)

We safely arrived in Prince Muhammad b. Abdul Aziz International Airport, Madinah lebih kurang jam 10-11pm (waktu Madinah). Kat Malaysia dalam 2-3 pagi. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dijemput untuk menjadi tetamuNya. Dengan izin Allah jugak kami sampai ke Tanah Haram dengan selamat. Syukur.... Sebak rasa bila pijak tanah yang mengenggam jasad Nabi junjungan umat Rasulullah SAW. Sungguh tidak ternilai nikmat yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah..My tears drop suddenly. Blessed. Cuaca kat Madinah sejuk. Best sgt. *smiling with tears*. Masa sampai tu, kira dah lewat. Pastu kita punya mutawwif, Ustaz Rif'at pun bawak kita terus ke hotel untuk rehat dengan solat jama' takhir kat hotel je. So,  perjalanan kami di Kota Madinah al-Munawarah haaaa kemain sebut nama panjang2 *weeeeee. Tapi sungguh laa, jejak je kaki kat airport Riyadh, dah terasa tak sabar nak ziarah Tanah Haram ni. Subhanallah.........


Selfie sikit dalam masjid nabawi :')


Day 2

Kat sini azan subuh 2 kali. Subuh pukul 4 kalau tak silap. Pukul 3 dah bangun! Kalau kat Malaysia tobat terpinga2 cari henpon tengok alarm. kikiki. Tapi masa tu orang dah berpusu-pusu ke masjid. Tambah2 yang hotel jauh nuhhh. Mana taknya, sapa yang taknak solat kat Masjid al-Nabawi, masjid di mana terletaknya makam kekasih Allah, Rasulullah SAW, sahabat Rasul, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Masjid al-Nabawi ni merupakan masjid kedua tersuci selepas Masjidil Haram. Di mana pahalanya memang berlipat ganda112345632345 Subhanallah. Alhamdulillah hotel tak jauh dengan masjid. Jalan dalam 5-10 minit dah boleh sampai. (kalau jalan laju-laju laaa)

Sampai je depan pintu masjid masa subuh tu and i was like.... MashaAllah, those 'payung'. Yelah selama ni payung tu tengok dalam tb masa azan, hmm. Tapi hari, tengok dengan mata kepala sendiri. Sungguh ini bukan ilusi. But still.... "Betul ke ni" emm, takkan nak tampar muka sendiri depan orang ramai kennnn....... Tapi sungguhlah, Allah itu sehebat-hebat perancang. Diri sendiri pun tak terungkap rasa syukur tuuu bila sampai. Allahuakhar, Allah Maha Besar.
Ramainyaaaa orang kat sini takyah cakap cakap laa kan.. Datang dari merata ceruk tempat. Semua mazhab ada kat situ. Lepas azan second, yakni azan yang betul2 masuk subuh laa kan, Then iqamat, takbir Allahuakhbar. Rasa panas bawah mata. Serious tak paksa. Air mata jatuh sendiri. Rasa macam solat dengan satu dunia! And i wonder, masjid or surau kat Malaysia ni, knp pakcik2 jeeeee.... hmmm, Kat sini, yang muda, yang tua semua meninggalkan urusan dunia sementara untuk solat subuh berjemaah. Subhanallah......

(Pastu dah tak ingat dah hari.... Ustaz cakap, hari first dengan second mungkin ingat lg tarikh. mai hari2 lain, tak ingat dah. sbb sibuk nak 'jumpa' dengan Allah dan Rasul :] )



suasana orang cari rezeki sekitar Masjid Nabawi :) nak shopping kat sini takyah risau, semua boleh cakap melayu. ihiksss "lima riyal halal!!'' rindunyaaaaaa..........



Salah satu pintu di masjid Quba, iaitu masjid pertama yg dibina oleh Nabi Muhammad SAW.
(tbh, i didnt wear niqab permanently)


Ayahanda di hadapan masjid Quba' (cewah, daulat sgt ayahanda kekekeke)


Berlatar belakangkan Bukit Uhud di mana peristiwa Perang Uhud berlaku suatu ketika dahulu.
Masa kat Masjid Nabawi, Ustaz pesan jangan tinggal solat jenazah. Sebab kat sini tiap kali lepas solat fardhu, mesti ada solat jenazah, mesti punyalah. Jangan tinggal, sebab pahala  solat jenazah kat sini adalah sebesar/seberat Bukit Uhud ni. Subhanallah. Bagi lelaki, kalau ada peluang untuk bawak jenazah ke perkuburan Baqi', ambik laa peluang tuu sebab pahala dia dua kali ganda Bukit Uhud. Betapa Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya Allah swt. Tapi kat Malaysia jangan ada perempuan yg solat jenazah pulak. Hehehehehehe, Malaysia tak sama dengan Tanah Suci ni :') 


Mutawwif paling best! Ustaz Rif'at ;)

Gambar di atas adalah semasa di Jabal ar-Rahmah. Habis formal laaa ayat ni. kikiki. Jabal Rahmah atau, Bukit Kasih Sayang. Melayunyer lah. Kat sini tempat Adam dan Hawa bertemu semula selepas Allah turunkan mereka ke muka bumi. Kat sini ramai orang cakap doa laaa mintak jodoh. kuikuikui. Namun, jangan laa ada yg percaya bahawa tempat ni mujarab. Tak. Tp kita anggap lah tempat ni sebagai simbol. Masa naik kat atas iman nampak ramai yang pegang2 tugu tu. Iman tanya ust, untuk apa? Ust cakap takda apapa pun, tu cuma tugu. seeloknya, takyah laa kan nnt takut jatuh syirik pulak wallahualam. 

Cekya : Iman jangan lupa sebut nama hang dengan ................ masa kat jabal rahmah nnt!!
Me       : hahahahahahahhahahhahaha *sorry terover*

Ada banyak lagi tempat yang kami ziarah, nanti iman story okay. Omishhh ;P Sedih and sayu sangat nak tinggalkan bumi Madinah, sebab apa? sebab dekat dengan Rasulullah saw :') Sungguh tak ada perkataan lain selain tenang. Sungguh tak teringat urusan di Malaysia sebab asyik beribadat. Kita bukanlah orang alim, namun peluang yang ada ni, berdoa banyak2 semoga Allah dengar dan Allah makbulkan. Amiin. 


rindu al-Raudhah. Rindu semua yang ada. Rindu, 
Ya Allah janganlah engkau jadikan ziarah ku ini ziarah yang terakhir. Amiin. Semoga yang membaca entry ini di beri peluang untuk menunaikan ibadah umrah/haji insyaAllah.
Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan alam Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda 
Al-Fatihah.


Love, ImanSyakirah.


new past