Hari 'Asyura
Nov 2, 2014, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum wbt.

Rasulullah saw:
"Puasa tersebut ( Hari 'Asyura ) menghapuskan dosa setahun yang lalu"
- Hadis Riwayat Muslim

Alhamdulillah. Masih diberi ruang untuk bernafas di muka bumi ni. Masih di beri peluang untuk menaip. Hihi alhamdulillah semua ini dengan izinNya.

I've read something about the day of Asyura in instagram. Well, instagram bukanlah satu media social untuk #ootd or #potd hatta #vsco atau apapa saja hesteg yang kemain femes haa gitu (aku pun tak terkecuali untuk tu) malah ianya kini menjadi salah satu medan dakwah yang sangat ohsem! Thumbs up sket untuk semua #thedaiegraphy

So, apa tu hari Asyura?

اللهم صل على محمد وآل محمد

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

.

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

 .

Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)

 .

Nabi SAW bersabda: “Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)

 .

Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.

.

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Riwayat Imam Muslim)

.

Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”  – Riwayat Al Baihaqi.

 .

Rasulullah SAW bersabda:  “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.”  (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)

.

Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.”   (Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib) -sumber inche google

Niat Puasa

i) Niat puasa hari ke-9 Muharram (Hari Tasu'a) ialah :

Nawaitu sauma Tasu’a lillahi ta'ala

Ertinya : Sahaja aku puasa hari tasu'a kerana Allah taala.

ii) Niat puasa hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) ialah :

Nawaitu sauma 'Asyura lillahi ta'ala.

Ertinya : Sahaja aku puasa hari Asyura kerana Allah taala.

Jom puasa!


new past